Thursday, October 31, 2013

The one with anak aku, Balqis Safiyyah (part 1)

Assalamulaikum WBT

Alhamdulillah sebab masih lagi bernafas, dikurniakan famili yang bahagia dan sihat walafiat. Harapan aku semoga Allah SWT memberkati hidup kami sekeluarga.

Usia perkahwinan kami masih lagi baru; baru nak masuk 4 tahun (nikah 2009). Nak cerita pengalaman pun, macam poyo pulak. Adik aku kawin lagi lama, anak dia dah nak darjah satu dah. Lagipun aku ada dengar org cakap, jika sesebuah perkahwinan tu dapat menempuh 5 tahun yang pertama, InsyaAllah selepas itu akan dipermudahkan. Of course ada je orang yang jodoh tak panjang walaupun dah lama kawin. Ini semua ketentuan Allah SWT.. Kita anggap je pendapat tu psikologi je. Lagipun bukan ada mana-mana hadis atau nas-nas yang cakap pasal ni.

Rezeki kami (aku dan isteri aku le) untuk mendapat anak agak lewat sikit. Tidakla lepas diijabkabulkan, next week tu terus pregnant. Kami kena tunggu sikit.  Sebelum kami  dikurniakan Balqis Safiyyah, aku memang cukup kesian ngan wife aku. Masa awal perkahwinan, ada jugak la wife aku pregnant, tapi semuanya gugur. Ada 3 kali kalau tak silap aku wife aku keguguran. ada jugakla yang suspennya jugak.. Contohnye, bila wife aku lewat je datang bulan, mula la kitaorang excited kemain. last-last, rupanya just lewat datang bulan je. banyak kali jd mcmni, sampaikan ke satu tahap, sampai kitaorang tak kisah dah kalau wife aku lambat datang bulan. Tapi tula, yang kesiannye ke wife aku la. Balik kampung je orang tanya. Sampai sedih-sedih dia. Mana taknya, kawan-kawan dan sedara mara kejap2 mengandung. Kalau org tanya aku, aku jawab tak puas lagi nak honeymoon.

Long story short, seminggu lepas raya tahun 2011, time kat kampung wife aku waktu pagi, wife aku datang bawak UPT dia.. Ada dua line hahahaha.. Tapi yang tak boleh blahnye aku punya respon. sampai sekarang wife aku slalu sebut benda ni.. Time tu, dapat je result test tu, aku terus peluk bantal sambung tido. Almaklumla hari ahad. tapi yang sebenarnya time kepala aku ligat memikir cukup ke duit aku nak bayar kete, umah, pengasuh anak, pampers, susu, apa bagai suma la.. apa le kejadahnye time tu boleh pulak pikir camtu. Dah la lama tunggu baru dapat. Bila dah dapat, camtu  pulak respon aku. Aku tau wife aku mengharapkan reaksi yang berbeza. Sori ye sayang, sampai sekarang pun abang ralat sebab bagi respon camtu..

Gambar ni adik ipar aku yang amik. Time ni 7 bulan pregnant.

Alhamdulillah, keadaan dipermudahkan time wife aku pregnant. takde apa2 yang mencemaskan. Aku da pesan kt wife aku kalu nak bagi nama jangan letak nama mengarut. aku cukup berkenan dengan sorang member aku ni; dia bg nama anak dia Maryam.. Simple dan best je bunyiknye. So kitaorang pun decide letak nama anak Balqis je. Alih-alih bila aku nak pegi daftar, wife aku cakap pendek sangatla nama tu, dan dia mintak tambah satu lagi nama. dok tengah memikir-mikir, bukak fb ternampak pulak nama Wardina Safiyyah. So aku pun amikla nama Safiyyah tu.. Jadila nama anak aku Balqis Safiyyah..

21 April 2012 lahirla Balqis Safiyyah ke dunia. Bagusnya Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan ni, dia bagi tunggu kat sebelah wife sampai wife aku bersalin. Balqis dilahirkan pada pukul 4 petang. Semoga Balqis Safiyyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.. Amin..


Balqis Safiyyah setakat ni :)

Edisi pungpang je lebih

Kecoh dalam seminggu ni sorang pegawai bank kena tembak. Ada pulak yg bengong pegi sebarkan pulak gambar lepas kena tembak. Tak cukup lagi, pegi bantai sebarkan pulak video cctv. Kesian sungguh aku kat family tu. Kalau aku jadi suami pada Allahyarhamah tu, kompem sedih ngan marah gila.. Tapi tu la budaya org berfb sekarang ni, segala macam benda semua nak tunjuk. Terpulang la pada masing-masing, tapi biarla beradab dan mengikut lunas-lunas agama..

Tapi bukan benda ni yang aku nak ngomel sebenarnya. Benda yang aku pelik sgt2 pasal syarikat security bank tu. Punyala orang KDN pungpang2 cakap tarik lesen serta merta, padahal kompeni tu rilek je beroperasi kt bank tu lagi. Apa cerite ni? (sumber:http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/kawalan-prima-licence-revoked-but-operating-as-usual). Perhatikan link tu ye sedara mara sekalian; bukan suratkabar pembangkang tau. Media arus perdana tu. Bukan apa, nanti orang cakap fitnah pulak. Dahla statement memasing bercanggah. Ni kompeni security tu cakap just terima surat amaran je. Adoiii...Apa citer ni der? Cuba kalu kita keje kat tempat tu, agak2 senang or tenang tak hati kita nak bekerja? Arrggghh....Makin pening aku dgn keadaan kat negara kita ni. Makin hari makin tak selamat.Semoga Allah jauhkan bala dari keluarga aku khasnye dan negara kita amnye.. Menteri2 dan pegawai yang terlibat please ye, jangan ulang skrip yang sama mcm statement taken out of konteks la apa bagai..

Hujung minggu ni final Piala Malaysia; Pahang vs Kelantan.. Pahang ni ibaratnye macam dah jadi negeri angkat aku ngan bini aku la gamaknye. Yela, tempat kita orang mencari rezeki. Tapi kalu Negeri Sembilan vs Pahang, kompem aku sokong nogori. Pastu minggu ni jugak Liverpool vs Arsenal. Top 2 tu bang, sapa menang top of the table la... Tapi sayang gila, kemungkinan besar yang teramat aku tak dapat nengok dua2 match ni.. Harap2 homestay yang aku duduk ni ada Astro, atau paling tak pun ada tv...


Sempena nak berjalan jauh ni, aku wax ngan polish cikit kete aku ni. Boleh potong angin katanye lantas menjimatkan minyak kehkehkeh.

Oke lah, akhir kata......
ABSOLUTE POWER CORRUPT ABSOLUTELY.. Faham2kan dan selamat beramal..

Petunjuk:
Bank: Ambank
Kompeni security: Kawalan Prima

Monday, October 28, 2013

Hal ehwal semasa.... (hal bola, budget..)

As salam...

Harap-harap hari ni dan seterusnya minggu ni menjadi perkara yg baik buat aku dan keluarga.. Isteri dan anak sihat,, Balqis Safiyyah (anak aku) pn da makin pandai sekarang ni. Sejak budget PM umum hari jumaat hari tu, ramai yg merungut dan ramai jugak yg bersyukur.. benda yg paling byk buat org merungut kompem pasal harga gula dan gst. So kita mula dgn rungutan... meh kita citer pasal harga gula dulu..

Sebagai rakyat biasa, memang aku terkesan dgn kenaikan harga gula ni. Almaklumla, rasanya kurang sgt benda2 makan kt Malaysia ni yg tak gunakan gula.. Tapi ramai gak yg dangkal (termasuk menteri2) yg pikir singkat sgt.. Dorang just pikir, jgn bubuh gula dalam air teh, kopi,dsb.. apa dorang igt susu pekat, susu anak, roti gardenia, biskut merry, susu goodday, air limau sunkist, roti canai, kuah spaghetti prego, roti krim etc suma tak pakai gula ke.. kompem la berdedai-dedai barang keperluan tu naik harga.. Jadi tambah terbeban golongan berpendapatan rendah nak beli barang keperluan asas. ntah nak jimat camana lagi tak tau la.... Inflasi kompem makin bertambah.. Tapi nak buat mcmana, nanti ada je suara2 bodoh yg suruh pindah ke negara lain kalau byk sangat komplen.. Hadap jelah.. Lagi satu, ckp jela yg ekonomi negara teruk sbb tu kena kurangkan subsidi, tak payah la nak cakap menjaga kemaslahatan ummah la, biar rakyat amalkan hidup sihat, hubungan seks lagi bagus la ape bagai.. Hmmmmpppphhhhhhh... Baik korang cakap no komen je, kan senang, dari korang keluarkan statement yg mengarut2 n bodoh ( Hasan Malek, I'm looking at you... buek malu org nogori yo)

Tentang GST, yg ni aku copy dari status FB kawan atas kawan atas kawan...
Okey. Bagi yg x berapa faham bagaimanakah GST ni lebih membebankan rakyat banding cukai sedia ada (sst)?

Mmg dr segi kasar, GST nampak lagi murah
banding SST (6% berbanding 5-10%) tapi kena
ingat - GST ni ialah "cukai berperingkat"
manakala SST pula ialah "cukai seperingkat".

X faham? Baik. SST hanya dikenakan di peringkat PENGILANG. Ianya x dikenakan pada pemborong dan peruncit. Sedangkan GST dikenakan kat
setiap peringkat - pengilang kena, pemborong
kena, peruncit pun kena.

Ini bermakna jumlah cukai utk GST adalah 3 kali berbanding SST. Misalnya produk A dikenakan cukai SST 10%, 10% je la sbb hanya pengilang yg kena. Tp kalu ikut GST, 6% x 3 = 18%!

Sebagai cth : produk A harga kilang RM20.

• cukai SST : RM20 x 10% (pengilang) = cukai
RM2.

• cukai GST : RM20 × 6% (pengilang) = cukai
RM1.20.

[RM20 + RM1.20 (cukai kilang)] x 6% (cukai
pemborong) = cukai RM1.27.

[RM21.20 + RM1.27 (cukai borong)] x 6% =
cukai RM1.35.

Bermakna kalu ikut sst, jumlah cukai ialah RM2 SAHAJA tapi kalu ikut GST, cukainya ialah
RM3.82!

Dan yg bestnya, sebahagian cukai ni ditanggung rakyat!

GST lg menyenangkan? Memurahkan?

Misi Kapitalis berjaya sekali lagi..
Senang paham tak dia punya explaination? Ke susah nak paham? Ke memang tak paham? Ke buat2 tak paham? Tak suka GST, pindah negara lain... 
Cerita bab bersyukur pulak.. Alhamdulillah, PM umum gomen dapat bonus setengah bulan gaji.. InsyaAllah, minggu depan maybe ada trip satu family.. Ynag paling bersyukur sekali masih lagi bernafas sebagai seorang Muslim...So minggu ni punye result bola memang best.. Kelantan dan Pahang pegi final Piala Malaysia (best gila game semi ni, especially game Kelantan vs ATM.. dramatik). Yg paling penting sekali, Liverpool menang besar lawan WBA (West Bromwich Albion for newbie), Suarez hatrick, plus sturridge satu gol.. Hebat pair ni.. ada je gol or assist dari korang.. Keep it up for the rest of the season lads.. Pengalaman menjadi fan Liverpool ni membuatkan aku tak kisah sgt kedudukan team dlm table tu, tp aku tau tgk table sekarang ni memberikan satu pengalaman yg baru buat fan Manchester United kehkehkeh..
Akhir kata... (ni aku copy dari best friend aku punye fb, Mohamad Farid)

'Kadang-kadang Allah uji tak semesti dengan kesusahan.. Tapi Allah bagi kesenangan, kebanggaan, kepandaian, kekayaan mahupun kebahagiaan hidup..

Malah lebih ramai yang tergelincir ingatan kepada Rabb Yang Maha Pengasih kerana kejayaan yang dikecapi...

Beringatlah sentiasa... Siapa kita.. Maka janganlah terpedaya dengan "Sombong"..'
 Legends....