Assalamualaikum WBT
Isnin lepas (11/10/2013) aku mc sebab demam, batuk dan selsema. Di atas kesempatan mc tu,aku pegi ke bandar Kuantan nak setelkan hutang piutang aku. On the way balik wife aku ajak singgah ke showroom Kia. Dia kata nak tengok Kia Picanto baru. Macam best je nampak nye. Aku pun ok je sebab hari Jumaat sebelum tu memang ada somebody dari Kia call aku suruh pergi ke mana-mana showroom untuk test drive Picanto tu. Sambil tu boleh aku test Cerato yang baru. Mana la tau kalau2 ada rezeki boleh la upgradekan Forte aku ni hehehe..
So dengan hati yang berbunga-bunga kitaorang pun masuk showroom tu. Aku tengok kat luar ada kereta test drive untuk Cerato; Picanto pun ada gak,tapi tak nampak yang ada label test drive. So masuk je showroom, aku terus jum Sales Advisor (SA) dia nak test drive Picanto tu.
Aku: Bos,saya mau test drive Picanto la.
SA: Sori bos, picanto belum ada register lagi untuk bawak keluar.
Aku: Aik, Kia Malaysia ada call saya suruh pegi mana-mana branch test drive picanto. Macamana u kata tak register lagi?
SA: Sori bos, memang belum ada kereta mau test drive.
Aku: Erk. Ye ke? Takpela, kasi I test drive Cerato lah macam tu.
SA: Sori bos, staf takde ari ni. So tak boleh test drive hari ni.
Aku dah start temper dah.. Macam-macam alasan pulak SA ni. Padahal aku nampak je staf Kia kat kedai makan depan tu
Aku: U cakap takde staf, tu yang duduk tu sapa? Dua orang tu sapa?
SA: Sori bos, hari ni memang tak boleh test drive. Kalau u mau test, esok u boleh datang.
Aku: I cuti ari ni, takkan I nak amik cuti nak test drive. Apa la lu. U wonder tak Kia punya harga kompetitif, tapi tak boleh jual? Sebab attititude camni la! I ni Kia Forte owner tau. U just imagine if honda, nissan, toyota owner datang cni, u ingat diaorang mau beli kete dari u ka?! Last2 dorang pegi perodua beli Myvi, pegi Toyota beli Vios, pegi Honda amik City.
SA terkebil-kebil dengar aku membebel..
Aku: U ingat bila I tak beli kereta dari u, u just hilang satu customer ke? At least u hilang 10-20 customer tau. I pakai Kia. Of course kawan-kawan i akan tanya i tanya macamana pakai Kia. U ingat i nak recommend dorang amik kia kalau u all punya attitude macamni?
Sudahnye aku & wife aku terus blah terus dari showroom tu. Hampeh tul. Berbulu je aku rasa. Tak guna punya branch.
Last week member aku tanya pendapat aku antara Accord & K5 Optima. Tanpa ragu-ragu aku cakap Accord. Bila kita beli kereta, kita bukan setakat beli kereta je, tapi kita beli dengan ownership experience dia sekali. Sesiapa yang pernah pakai Honda & Toyota, dorang akan vouch benda ni gila babi. Tak payah brand luar, ko pakai perodua pun lagi bagus aftersales dia (pengalaman aku la). That's why Vios dapat 8 ribu booking even before official launching biarpun spec dia macam haram je pun.
Aku tak kata ownership experience aku pakai Forte teruk. Ok je sebenarnya. Kereta takde problem apa pun. Pakai sedap, minyak pun takde la kuat sangat pun. Tapi after sales dia so so je. Sama je macam aku pakai proton dulu. Ko bengang tak bila ko dah booking untuk servis kete, bila sampai je kat Kia Service Centre, ko kena tunggu. Dah la banyak yang servis kat Kia SC kereta bukan Kia pulak tu. Kalau kereta Kia takpe lagi la...
Balqis Safiyyah masa baru-baru nak belajar jalan
Aku punya pendapat, Kia Malaysia banyak nak kena improve untuk tarik customer. Aku yang da pakai Forte 4 tahun ni pun masih lagi tak convince dengan Kia ni. Spec memang tiptop. Kalau compare price, aku rasa takde brand lain buleh lawan Kia ni. Tapi spec tu bukan menjamin kereta boleh jual. Contoh macam Cerato, Aku rasa Kia Malaysia ni terlalu ambitious dengan price Cerato ni. Memang spec kete ni dasat. Tapi Kia kena convince orang yang dorang boleh backup kete ni kalau ada apa2 problem. Kia Malaysia dulu pernah hot sebab Sephia, Spectra & Citra. Tapi dorang tak boleh backup produk ni dengan aftersales service. Jatuh balik lepas tu. Then datang Kia Forte, barula Kia Malaysia ni naik balik. Macam aku sendiri, aku pun tak sure kalau aku nak upgrade nak pakai Kia balik ke tak. Aku masih lagi tak yakin dengan aftersales Kia Malaysia..