Tuesday, December 17, 2013

The One with the... Banjir Besar Kuantan 2013...

1st time dalam sejarah hidup aku 7 tahun di Kuantan ni hidup aku satu famili terjejas sebab banjir ni. Elektrik terputus lebih dari 24 jam, bekalan air pulak terputus 2 hari...











Semua gambar ni merupakan kejadian kat dalam taman aku.. Sebelum ni selalu aku dengar orang buat reference banjir besar 2001.. Sekarang benchmark banjir besar 2013.. Untuk makluman, area umah aku ni tempat tinggi, so just bayangkan apa yg terjadi kat kawasan2 rendah dan berdekatan dengan sungai kat area Kuantan ni...

P/S: Nasib baik aku push kedai cat siapkan cat kereta aku cepat. Kalau tak tenggelam dah Kelisa kami... Alhamdulillah..

Wednesday, November 27, 2013

The one with the.... Perodua Kelisa Refurbishment (Proses Peremajaan Semula) Part 1

As Salam

Salah satu kereta kami, Perodua kelisa ni dibeli pada Mei 2010. Tujuan beli ni dulu biar senang wife aku nak pegi mana-mana. Sebenarnya, aku dah penah pakai Kelisa sebagai kereta pertama aku. Aku beli tahun 2004. Then bila aku kahwin, aku beli kete lain, pastu kelisa tu wife aku amik. atas sebab2 tertentu, pada tahn 2009 adik ipar aku amik kelisa tu, kes sambung bayar je. Wife aku ada kete lain masa tu. Entah macamana, aku and wife aku decide nak amik balik kete tu. Seminggu sebelum kami amik semula kelisa tu, adik ipar aku eksiden dengan laki dia. Total lost Kelisa tu. Ralat tul hati aku..

Kelisa kami dulu-dulu

Memandangkan aku rasa pakai kelisa ni best, kami pun beli kelisa yang lain. Lagipun aku da biasa dengan maintenance kelisa ni. Kete ni punya maintenance rendah je, lasak pulak tu. Aku rasa selama hampir 1 dekad aku pakai kelisa ni, part dia yang paling mahal sekali ialah engine mounting. Kalau beli kat perodua, aku rasa dekat RM1000 nak beli 3 bijik mounting tu. Yang lain2 sempoi je harga part dia.


 Kelisa kami yang sekarang

Memandangkan kelisa kami dah 12 tahun umur dia, kami decide nak meremajakan semula kelisa ni. Ikutkan nafsu nak je beli myvi baru, tapi kelisa ni elok lagi, hutang pun dah habis. So pikir2 balik buat apa nak manyusahkan diri.

Antara plan proses peremajaan semula:
  1.  Cat semula. maybe cat kaler asal semula, atau lebih gelap sikit (biar orang tau kete ni cat baru kata wife aku hehe).
  2. Nak tukar Head Unit baru, at least yang boleh cucuk USB
  3. Pasang aksesori tambahan, masuk barang coure mcm seat, autoflip side mirror, carpet etc..
Exterior kelisa ni aku nak kekalkan standard je. Abis2 pun aku nak tukar sport rim. ada la 2 3 rim yang aku berkenan, tapi nak pakai rim 15 takut ride kelisa ni jadi teruk pulak.. Nanti pikir dulu camana.



Friday, November 22, 2013

The one with the... Percutian ke Langkawi (part 2)

As salam

Tepat jam 8 pagi kitaorang pun sampai ke jeti Kuala Perlis. Sampai-sampai je terus disambut oleh brader parking kete. Memula aku tak paham apesal yang dorang jadi macam polis trafik kat kkereta kitaorang. rupa2nya dorang ni la yang akan ejas parking untuk kereta kitaorang. satu ari RM15 satu kete. so total RM45 untuk sebijik kete. Parking tepi trafik light je pun. takpela, janji ado.

suasana kat jeti masa baru sampai

Setel parking, beli tiket pulak. igtkan dapat tiket awal, last2 dapat pukul 10.30 pagi. 2 jam lebih nak menunggunye. dah la tak sarapan lagi. mata mengantuk yang amat. aku ingat last aku tido 2 malam lepas.. berpasir mata aku dibuatnye. nasib baik mak mentua aku memang bawak bekal, nasik himpit dengan rendang ayam.

Melayan Balqis time tunggu feri

Letih betul time ni. Sian aku kat wife & anak aku. Feri kitaorang lewat satu jam, pukul 11.30 baru ada. Tak sabar aku nak naik feri, bukan teruja apa pun, tapi tak sabar nak tido.

masing-masing dah keletihan..kat sebelah sana tu jep, abg ipar aku..

Naik je feri, memang ku tak lepas peluang tido.. ngantuk sangat-sangat..


 Sampai kat jeti Kuah pukul 12.50. 1 jam perjalanan dari jeti Kuala Perlis. Sampai-sampai je terus aku ngan Jep pegi amik kete sewa. Kitaorang sewa 2 bijik Toyota Avanza (1.5 G spec auto) dengan rate RM160/hari untuk bawak 5 famili hehehe.

Avanza kitaorang..

Satu kete untuk Jep ngan kawan dia, dan satu lagi untuk famili aku, Dayah ngan laki dia dan mak ayah mertua aku. Apa yang aku boleh kata, pengalaman 3 hari dengan kete ni betul-betul ubah pandangan aku  terhadap kete yang aku anggap hampeh ni (sori to Avanza owner).

Mcmni la Avanza kitaorang sepanjang 3 hari kat Langkawi ni. Full load je hari-hari. Tahan pulak minyak isi RM50 untuk 3 hari. dah la jauh kitaorang pusing-pusing pulau ni.

Homestay kami


Alhamdulillah, walaupun rumah kampung je, tapi homestay ni memang selesa. Cozy & very homey dia punya feel. Plus dia punya added value, tuan punya homestay siap bagi sarapan pagi pulak tu. So sapa-sape yang berminat, bolehla contact Puan Halimah (017-4992373).

Rasa macam poyo pulak amik gambar kat botol gamat ni hahahahaha.. Lantakla, bukan selalu kita datang kan. So kat sini, mak ngan ayah mertua aku borong habis-habisan segala minyak yang dorang boleh beli. Semua tu untuk bisnes dia bila balik Melaka nanti.

Masa kat Padang Matsirat ni, aku tak pegi pun kat Beras terbakar tu. Wife aku je pegi sebab masa tu aku solat dan 'melepas' kat masjid kat situ. tau-tau bila setel je, famili aku semua dah keluar nak pegi tempat lain pulak. 

On the way pegi ke geo park, singgah ke Petronas, then snap gambar ni hehehe

 Wife aku memang sungguh-sungguh nak pegi ke Geo Park tu. Nak naik kete kabel. Aku bukan suka naik kete kabel ni. Pengalaman kat Genting dulu, membuatkan aku sedar yang diri aku ni sebenar-benarnya seorang yang gayat, takut tinggi.. Tapi takkan aku nak biarkan wife aku naik sorang-sorang. Yang lain semua taknak naik sebab takut.

Alhamdulillah, orang beratur gila punya panjang nak naik kete kabel. Frust sungguh wife aku. Sebagai suami yang supportive, aku pun buat-buat frust gak, padahal dalam hati kemain suke lagi hehe. Bukan main ramai lagi orang datang kat Geo Park ni. Sesak yang amat.



 Last-last, melepak je kat Geo Park tu makan aiskrim

Lepas lepak lepak tu, kami pergi ke Underwater World pulak..

Dengan Echa.

Kalau sape-sape berminat nak masuk dalam ni, kalu tak silap aku tiket dia RM28/orang dewasa, kalau budak kecik RM 18 sorang. Yang kecik macam Balqis tu free je.


 Excited sungguh Balqis tengok ikan pari ni

 Dapat tengok jaws berdating :)



 Lepas tu, kami pun balik homestay sebab memasing dah letih. Lagipun abang ipar & biras aku sibuk nak tengok bola Final Piala Malaysia malam tu..

Pengajaran pergi Langkawi:
  1. Mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
  2. Mengenali karakter sebenar dalam famili.
  3. Mak & ayah mertua aku memang super sempoi.
  4. Lepas ni kalau nak pergi lagi, pergi masa bukan hari cuti dan naik flight..Azab woo pregi berkonvoi ramai-ramai naik kete.
  5. Lepas ni datang sini nak pergi jenjalan je, taknak soping-soping. Ralat betul hati tak dapat pergi kat tempat pertemuan air tawar dan air masin tu..tak dapat nak main-main kat Geo Park tu.
  6. Mudah je sebenarnya nak jalan-jalan kat sini..


Wednesday, November 13, 2013

The One with the... Kia Malaysia

Assalamualaikum WBT

Isnin lepas (11/10/2013) aku mc sebab demam, batuk dan selsema. Di atas kesempatan mc tu,aku pegi ke bandar Kuantan nak setelkan hutang piutang aku. On the way balik wife aku ajak singgah ke showroom Kia. Dia kata nak tengok Kia Picanto baru. Macam best je nampak nye. Aku pun ok je sebab hari Jumaat sebelum tu memang ada somebody dari Kia call aku suruh pergi ke mana-mana showroom untuk test drive Picanto tu. Sambil tu boleh aku test Cerato yang baru. Mana la tau kalau2 ada rezeki boleh la upgradekan Forte aku ni hehehe..

So dengan hati yang berbunga-bunga kitaorang pun masuk showroom tu. Aku tengok kat luar ada kereta test drive untuk Cerato; Picanto pun ada gak,tapi tak nampak yang ada label test drive. So masuk je showroom, aku terus jum Sales Advisor (SA) dia nak test drive Picanto tu.

Aku: Bos,saya mau test drive Picanto la.
SA: Sori bos, picanto belum ada register lagi untuk bawak keluar.
Aku: Aik, Kia Malaysia ada call saya suruh pegi mana-mana branch test drive picanto. Macamana u kata tak register lagi?
SA: Sori bos, memang belum ada kereta mau test drive.
Aku: Erk. Ye ke? Takpela, kasi I test drive Cerato lah macam tu.
SA: Sori bos, staf takde ari ni. So tak boleh test drive hari ni.

Aku dah start temper dah.. Macam-macam alasan pulak SA ni. Padahal aku nampak je staf Kia kat kedai makan depan tu

Aku: U cakap takde staf, tu yang duduk tu sapa? Dua orang tu sapa?
SA: Sori bos, hari ni memang tak boleh test drive. Kalau u mau test, esok u boleh datang.
Aku: I cuti ari ni, takkan I nak amik cuti nak test drive. Apa la lu. U wonder tak Kia punya harga kompetitif, tapi tak boleh jual? Sebab attititude camni la! I ni Kia Forte owner tau. U just imagine if honda, nissan, toyota owner datang cni, u ingat diaorang mau beli kete dari u ka?! Last2 dorang pegi perodua beli Myvi, pegi Toyota beli Vios, pegi Honda amik City.

SA terkebil-kebil dengar aku membebel..

Aku: U ingat bila I tak beli kereta dari u, u just hilang satu customer ke? At least u hilang 10-20 customer tau. I pakai Kia. Of course kawan-kawan i akan tanya i tanya macamana pakai Kia. U ingat i nak recommend dorang amik kia kalau u all punya attitude macamni?

Sudahnye aku & wife aku terus blah terus dari showroom tu. Hampeh tul. Berbulu je aku rasa. Tak guna punya branch.

Last week member aku tanya pendapat aku antara Accord & K5 Optima. Tanpa ragu-ragu aku cakap Accord. Bila kita beli kereta, kita bukan setakat beli kereta je, tapi kita beli dengan ownership experience dia sekali. Sesiapa yang pernah pakai Honda & Toyota, dorang akan vouch benda ni gila babi. Tak payah brand luar, ko pakai perodua pun lagi bagus aftersales dia (pengalaman aku la). That's why Vios dapat 8 ribu booking even before official launching biarpun spec dia macam haram je pun.

Aku tak kata ownership experience aku pakai Forte teruk. Ok je sebenarnya. Kereta takde problem apa pun. Pakai sedap, minyak pun takde la kuat sangat pun. Tapi after sales dia so so je. Sama je macam aku pakai proton dulu. Ko bengang tak bila ko dah booking untuk servis kete, bila sampai je kat Kia Service Centre, ko kena tunggu. Dah la banyak yang servis kat Kia SC kereta bukan Kia pulak tu. Kalau kereta Kia takpe lagi la...

 Balqis Safiyyah masa baru-baru nak belajar jalan


Aku punya pendapat, Kia Malaysia banyak nak kena improve untuk tarik customer. Aku yang da pakai Forte 4 tahun ni pun masih lagi tak convince dengan Kia ni. Spec memang tiptop. Kalau compare price, aku rasa takde brand lain buleh lawan Kia ni. Tapi spec tu bukan menjamin kereta boleh jual. Contoh macam Cerato, Aku rasa Kia Malaysia ni terlalu ambitious dengan price Cerato ni. Memang spec kete ni dasat. Tapi Kia kena convince orang yang dorang boleh backup kete ni kalau ada apa2 problem. Kia Malaysia dulu pernah hot sebab Sephia, Spectra & Citra. Tapi dorang tak boleh backup produk ni dengan aftersales service. Jatuh balik lepas tu. Then datang Kia Forte, barula Kia Malaysia ni naik balik. Macam aku sendiri, aku pun tak sure kalau aku nak upgrade nak pakai Kia balik ke tak. Aku masih lagi tak yakin dengan aftersales Kia Malaysia..


Monday, November 11, 2013

The one with the... isu semasa dan bola...

Isu semasa

1. Alhamdulillah, pembunuh Arwah Norzita (Pegawai Bank Ambank) dah ditangkap. Kejap je Polis punya tindakan. Good job..

2. Kes tembakan terbaru.. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ustaz Ahmad Rafli Abdul Malekmaut ditembak 3 lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Ahad (10 November 2013). Motif masih lagi tidak diketahui.. Apa yang menakutkan aku, kejadian ni berlaku dekat dengan rumah aku. Ketika post ini ditulis, pembunuh masih lagi berkeliaran bebas. Maklumat terakhir katanya pembunuh berada di Taman Indera Sempurna di Kuantan. So sapa lagi yang kata Malaysia masih aman memang nak kena penampar dengan aku. bila orang yang baik pun kena tembak sebab menjalankan tugas, maksudnya negara ni memang dah betul-betul parah.

 Allahyarham Ustaz Ahmad Raffli..Semoga pengorbananmu merupakan perjuangan ke jalan Allah..


Isu Bola

1. Liverpool menang lagi 4-0 atas Fulham, To be fair match ni tak boleh jadi benchmark sangat sebab Fulham terok sangat. Dah macam training match pulak aku tengok game ni. So far so good.. Liverpool memang totally dominan dalam game ni. Cuma aku agak terkilan sikit Sturridge tak score. Aku punya pendapat, gol keempat tu patutnye Suarez boleh lorongkan bola kat Sturridge. Tapi jadi striker mesti kena tamak. Dengan Manchester City, Chelsea (undeserved draw againts WBA) & Spurs dihinggapi penyakit bodoh minggu ni, so Liverpool amik peluang ni untuk terus jarakkan diri kat 2nd place. So aku rasa ni highlight match minggu ni, until......

2. Manchester United 1 vs 0 Arsenal... Arsenal memang totally relentless sejak dorang kalah 1st match ari tu. Tambah-tambah lagi bila beli Ozil. Pada aku memang balance la dia punya team. Pada minggu yang sama dorang beat Liverpool & Dortmund, of course la dorang jadi clear feveret untuk beat MU. Wenger pun agak bullish bila kata dia yakin akan beat MU.. Until that Wayne Rooney put man of the match perfomance againts Arsenal.. Memang superb sungguh Rooney main. Kat mana-mana je dia ada. Memang Van Persie yang score, tapi Rooney yang dictate match. Tapi ada ka patot si Moyes cakap dalam post match interview si Rooney ni sidekick kat Van Persie.. Way to go Moyes pppfffftttttt... Result minggu ni win win situation untuk semua org la.. So takdela gap sangat kat table tu. So congrats pada fans MU.. Baru nampak korang balik dalam fb :)

So, itu je...



Wednesday, November 6, 2013

The one with the ... percutian ke Langkawi (part 1)

Assalamualaikum WBT

Hari Ahad minggu lepas adik ipar aku call.. "Kak, jom pegi Langkawi", kata dia pada wife aku. Aku pun check la kalendar.... Eh, bukan time nak pegi tu jumaat minggu depan ke? Terperanjat gak aku bila famili mertua aku wat trip ad hoc camtu. Asalnye, abang ipar aku nak pegi ngan kawan dia je. Bila dia bagitau ke mak mertua aku yang dia nak pegi langkawi, terus mak ngan ayah mertua aku nak pegi sekali. Pastu, adik ipar aku ngan laki dia pun nak ikut gak. Puas jugak memikir tu, nak pegi ke tak? Almaklumla, kita ni bukan orang berduit. Nak pegi mana-mana mesti mau saving dulu. pikir punya pikir punya pikir, redah je la. keluarkan jela saving yang ada. lagipun susah nak kumpul adik beradik ramai-ramai nak pegi berjalan ni. Duit boleh carik lagi, ye tak? Sebenarnye, tahun lepas lagi kitaorang da plan camni 3 bulan awal, last-last haram tak jadi :) Lagipun wife aku sejak memula kawin asik ajak aku pegi Langkawi, so ini la peluangnye.. Jadi yang pegi aku ngan wife aku & anak aku Balqis, adik ipar aku (si Dayah ngan laki dia, Shah & anak dorang si Teha), abang ipar aku ngan bini & anak2 dia (abang Jep & kak Fara, Haikal, Ain & Irdina) plus adik ipar aku yang bongsu, si Bobot dan mak & ayah mertua aku. Mak & ayah mertua aku bawak cucu dia, Echa anak adik ipar aku. Lupa pulak lagi satu famili. Aku pun tak ingat apa nama dia, tapi dia kawan Jep la.

Memandangkan si Jep ni baru je pegi Langkawi awal tahun ari tu, so menjadi tugas dia la untuk arrange tempat tinggal ngan kereta sewa. So bila semua da kompem, kitaorang pun bergerak pada 1 November 2013..


Memandangkan aku ngan wife & anak aku dari Kuantan, famili aku yg lain pulak dari Melaka, so kitaorang bergerak dari arah yang berbeza. Kalau ikut plan, dorang akan bergerak dari Melaka lepas Maghrib dalam area pukul 8 malam la macamtu lebih kurang. Kitaorg janji nak jumpa kat RnR Tapah, first checkpoint. Tujuan nye sebab nak transit kan si Bobot naik kete aku, so takde la sempit sangat kete Jep. Aku satu kereta, Mak ngan Ayah & Echa satu kete ngan Shah & Dayah, Jep satu kete ngan famili dia, plus sebijik kete kawan dia. So total 4 kete semua nye. Perghh, 4 kete nak konvoi sampai Kuala Perlis.. Boleh mental nanti ni.

So aku bergerak dari Kuantan pukul 2.30 petang. Plan aku, nanti sampai kl, singgah jap umah mak aku. Rehat-rehat jap, makan-makan sikit, then baru gerak pegi ke Tapah. Tp mcm dalam filem la, mana boleh semuanye smooth je. Kalau tak jadi boring la cerita hehehe.. Lagipun harus gerak awal sebab takut jem kat Highway Karak nanti. Kan final Pahang vs Kelantan.. Kompem fan Pahang & Kelantan guna LPT nanti. Lagi satu nak elak jem bila masuk kl nanti.

Jam 5 petang, aku da selamat sampai KL. Kat umah mak aku, sempat la makan-makan & rehat sikit-sikit & kumpul stok mangga (mangga umah mak aku sedap gila woo). Nak tido pun buat pening kepala aku je nanti. Bukan taknak tido, tapi puas dah berusaha nak tido, tp tak boleh. Tak tau la sebab pressure or excited.

Jam 7.30 malam, Dayah sms wife aku bagitau dorang da siap-siap nak gerak. Nanti gerak je dorang bagitau katanye. Ok la kalau camtu. So aku & famili pun melepak le. Sekali lagi aku cuba menidurkan diri aku, tp tak mampu gak. Aduhh, pressure pulak tak dapat tido ni. Dah la nak jalan jauh nanti. Tunggu punya tunggu punya tunggu, tup tup jam da pukul 9.40 malam. Apo cito ni, kata jam 7.30 td dah nak gerak dah. Rupa-rupanya mak & ayah mertua aku pegi amik bini adik ipar aku yang baru bersalin kat Hospital Melaka. Aduu la, lambat la camni. Melayanla aku final Super Spontan malam tu. Tahniah pada Jep Sepahtu sebab menang.

Last-last dorang keluar umah pukul 10.30 malam. takpela, aku bajet dorang sampai kat Sungai Buloh dalam pukul 12 tengah malam. Dapatla tengok final Super Spontan sampai abis. jam 11.30 malam dorang bagitau da sampai USJ.. Cepat pulak.. So aku pun gerak dari KL jam 11.45 malam.

Melalui Highway DUKE, terus je masuk Highway PLUS ikut Damansara. Ingatkan nak jumpa dorang kat RnR Sungai Buloh, tapi dorang da lepas Bukit Beruntung la pulak.. Jumpa at Tapah je la nampaknye. Kalau tak silap aku, sampai kat RnR Tapah dalam pukul 1.50 pagi. So wife aku telefon la si Shah. Sekali dorang ada betul-betul kat depan aku je daa.. Boleh tak perasan pulak aku..

Kitaorang pun melepak kat Petronas Tapah tu. Sesak gila kat Tapah tu. Punya la banyak kete. Bas-bas persiaran pun bukan main banyak gak. kitaorang pun rehatla lebih kurang. Lepas dari Tapah ni takde dah berhenti lagi. So kitaorang decide jumpa balik kat Tol Juru. So semua kereta tak perlu follow memfollow satu sama lain. Lagipun macam bahaya ikut-ikut belakang ni.  Lepas Bobot transit ke kete aku, kitaorang pun mula bergerak.

To be continued....


P/s: Tahniah pada Pahang Sebab jadi Champion Piala Malaysia... Dapat cuti ke tak ni?




The one with the...percutian yang memenatkan (tapi best)

Assalamualaikum WBT...

1 November sampai 4 November hari tu  aku pegi Langkawi ngan famili mertua aku. Last aku pergi Langkawi, time tu aku form 4. Masa tu aku pegi naik kete ngan famili aku. Kenangan yang aku ingat time tu, famili aku sibuk carik pinggan mangkuk kat pekan Kuah.. Kompemla tak bestnye. So trip kali ni kena tebus balik, pergi ke tempat2 yang aku nak pergi dulu.

Punya la penat drive dari Kuantan ke Kuala Perlis nak pergi Langkawi punya pasal... Hari Jumaat jam 11 malam dari KL, pukul 8.15 pagi sampai Jeti Kuala Perlis. Time nak balik pulak, 6.30 petang dari Jeti Kuala Perlis, Pukul 5.30 pagi sok baru sampai KL... Gila la... Perghhh, sakit-sakit da badan aku ni...

Tapi, apa-apa hal pun, memang best trip kali ni, nak-nak mak ngan ayah mertua aku yg sporting, adik beradik ipar ngan biras yang best-best.. Lain kali kalau ada rezeki nak try arrange family trip cenggini ngan adik beradik aku pulak..

Next post aku cerita detail trip kat Langkawi..

Barang-barang time memula sampai ke Jeti Kuala Perlis



Time nak balik pulak...amik kau

P/S: 
  1. So Liverpool kalah 2-0 ngan Arsenal. Fair la kot, sebab Liverpool memang kena outplayed ngan Arsenal. Bila aku tengok balik match kat rumah (homestay kat Langkawi tadak Astro), Arsenal memang patut menang match tu. Takpela... So far, compare ngan last season, season ni punya campaign lagi bagus.. Next match, lawan Fulham..
  2. PRK Sungai Limau, Kedah.. PAS menang dengan majoriti merosot. Tahniah kepada PAS sebab masih mampu menang. Dorang bukan setakat lawan parti pemerintah, bahkan dorang melawan dengan jentera kerajaan, media dsb.. Kepada BN, korang da berjaya reduce majoriti, so kira ok la kot.. Kawasan Allahyarham Ustaz Azizan tu...

Thursday, October 31, 2013

The one with anak aku, Balqis Safiyyah (part 1)

Assalamulaikum WBT

Alhamdulillah sebab masih lagi bernafas, dikurniakan famili yang bahagia dan sihat walafiat. Harapan aku semoga Allah SWT memberkati hidup kami sekeluarga.

Usia perkahwinan kami masih lagi baru; baru nak masuk 4 tahun (nikah 2009). Nak cerita pengalaman pun, macam poyo pulak. Adik aku kawin lagi lama, anak dia dah nak darjah satu dah. Lagipun aku ada dengar org cakap, jika sesebuah perkahwinan tu dapat menempuh 5 tahun yang pertama, InsyaAllah selepas itu akan dipermudahkan. Of course ada je orang yang jodoh tak panjang walaupun dah lama kawin. Ini semua ketentuan Allah SWT.. Kita anggap je pendapat tu psikologi je. Lagipun bukan ada mana-mana hadis atau nas-nas yang cakap pasal ni.

Rezeki kami (aku dan isteri aku le) untuk mendapat anak agak lewat sikit. Tidakla lepas diijabkabulkan, next week tu terus pregnant. Kami kena tunggu sikit.  Sebelum kami  dikurniakan Balqis Safiyyah, aku memang cukup kesian ngan wife aku. Masa awal perkahwinan, ada jugak la wife aku pregnant, tapi semuanya gugur. Ada 3 kali kalau tak silap aku wife aku keguguran. ada jugakla yang suspennya jugak.. Contohnye, bila wife aku lewat je datang bulan, mula la kitaorang excited kemain. last-last, rupanya just lewat datang bulan je. banyak kali jd mcmni, sampaikan ke satu tahap, sampai kitaorang tak kisah dah kalau wife aku lambat datang bulan. Tapi tula, yang kesiannye ke wife aku la. Balik kampung je orang tanya. Sampai sedih-sedih dia. Mana taknya, kawan-kawan dan sedara mara kejap2 mengandung. Kalau org tanya aku, aku jawab tak puas lagi nak honeymoon.

Long story short, seminggu lepas raya tahun 2011, time kat kampung wife aku waktu pagi, wife aku datang bawak UPT dia.. Ada dua line hahahaha.. Tapi yang tak boleh blahnye aku punya respon. sampai sekarang wife aku slalu sebut benda ni.. Time tu, dapat je result test tu, aku terus peluk bantal sambung tido. Almaklumla hari ahad. tapi yang sebenarnya time kepala aku ligat memikir cukup ke duit aku nak bayar kete, umah, pengasuh anak, pampers, susu, apa bagai suma la.. apa le kejadahnye time tu boleh pulak pikir camtu. Dah la lama tunggu baru dapat. Bila dah dapat, camtu  pulak respon aku. Aku tau wife aku mengharapkan reaksi yang berbeza. Sori ye sayang, sampai sekarang pun abang ralat sebab bagi respon camtu..

Gambar ni adik ipar aku yang amik. Time ni 7 bulan pregnant.

Alhamdulillah, keadaan dipermudahkan time wife aku pregnant. takde apa2 yang mencemaskan. Aku da pesan kt wife aku kalu nak bagi nama jangan letak nama mengarut. aku cukup berkenan dengan sorang member aku ni; dia bg nama anak dia Maryam.. Simple dan best je bunyiknye. So kitaorang pun decide letak nama anak Balqis je. Alih-alih bila aku nak pegi daftar, wife aku cakap pendek sangatla nama tu, dan dia mintak tambah satu lagi nama. dok tengah memikir-mikir, bukak fb ternampak pulak nama Wardina Safiyyah. So aku pun amikla nama Safiyyah tu.. Jadila nama anak aku Balqis Safiyyah..

21 April 2012 lahirla Balqis Safiyyah ke dunia. Bagusnya Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan ni, dia bagi tunggu kat sebelah wife sampai wife aku bersalin. Balqis dilahirkan pada pukul 4 petang. Semoga Balqis Safiyyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.. Amin..


Balqis Safiyyah setakat ni :)

Edisi pungpang je lebih

Kecoh dalam seminggu ni sorang pegawai bank kena tembak. Ada pulak yg bengong pegi sebarkan pulak gambar lepas kena tembak. Tak cukup lagi, pegi bantai sebarkan pulak video cctv. Kesian sungguh aku kat family tu. Kalau aku jadi suami pada Allahyarhamah tu, kompem sedih ngan marah gila.. Tapi tu la budaya org berfb sekarang ni, segala macam benda semua nak tunjuk. Terpulang la pada masing-masing, tapi biarla beradab dan mengikut lunas-lunas agama..

Tapi bukan benda ni yang aku nak ngomel sebenarnya. Benda yang aku pelik sgt2 pasal syarikat security bank tu. Punyala orang KDN pungpang2 cakap tarik lesen serta merta, padahal kompeni tu rilek je beroperasi kt bank tu lagi. Apa cerite ni? (sumber:http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/kawalan-prima-licence-revoked-but-operating-as-usual). Perhatikan link tu ye sedara mara sekalian; bukan suratkabar pembangkang tau. Media arus perdana tu. Bukan apa, nanti orang cakap fitnah pulak. Dahla statement memasing bercanggah. Ni kompeni security tu cakap just terima surat amaran je. Adoiii...Apa citer ni der? Cuba kalu kita keje kat tempat tu, agak2 senang or tenang tak hati kita nak bekerja? Arrggghh....Makin pening aku dgn keadaan kat negara kita ni. Makin hari makin tak selamat.Semoga Allah jauhkan bala dari keluarga aku khasnye dan negara kita amnye.. Menteri2 dan pegawai yang terlibat please ye, jangan ulang skrip yang sama mcm statement taken out of konteks la apa bagai..

Hujung minggu ni final Piala Malaysia; Pahang vs Kelantan.. Pahang ni ibaratnye macam dah jadi negeri angkat aku ngan bini aku la gamaknye. Yela, tempat kita orang mencari rezeki. Tapi kalu Negeri Sembilan vs Pahang, kompem aku sokong nogori. Pastu minggu ni jugak Liverpool vs Arsenal. Top 2 tu bang, sapa menang top of the table la... Tapi sayang gila, kemungkinan besar yang teramat aku tak dapat nengok dua2 match ni.. Harap2 homestay yang aku duduk ni ada Astro, atau paling tak pun ada tv...


Sempena nak berjalan jauh ni, aku wax ngan polish cikit kete aku ni. Boleh potong angin katanye lantas menjimatkan minyak kehkehkeh.

Oke lah, akhir kata......
ABSOLUTE POWER CORRUPT ABSOLUTELY.. Faham2kan dan selamat beramal..

Petunjuk:
Bank: Ambank
Kompeni security: Kawalan Prima

Monday, October 28, 2013

Hal ehwal semasa.... (hal bola, budget..)

As salam...

Harap-harap hari ni dan seterusnya minggu ni menjadi perkara yg baik buat aku dan keluarga.. Isteri dan anak sihat,, Balqis Safiyyah (anak aku) pn da makin pandai sekarang ni. Sejak budget PM umum hari jumaat hari tu, ramai yg merungut dan ramai jugak yg bersyukur.. benda yg paling byk buat org merungut kompem pasal harga gula dan gst. So kita mula dgn rungutan... meh kita citer pasal harga gula dulu..

Sebagai rakyat biasa, memang aku terkesan dgn kenaikan harga gula ni. Almaklumla, rasanya kurang sgt benda2 makan kt Malaysia ni yg tak gunakan gula.. Tapi ramai gak yg dangkal (termasuk menteri2) yg pikir singkat sgt.. Dorang just pikir, jgn bubuh gula dalam air teh, kopi,dsb.. apa dorang igt susu pekat, susu anak, roti gardenia, biskut merry, susu goodday, air limau sunkist, roti canai, kuah spaghetti prego, roti krim etc suma tak pakai gula ke.. kompem la berdedai-dedai barang keperluan tu naik harga.. Jadi tambah terbeban golongan berpendapatan rendah nak beli barang keperluan asas. ntah nak jimat camana lagi tak tau la.... Inflasi kompem makin bertambah.. Tapi nak buat mcmana, nanti ada je suara2 bodoh yg suruh pindah ke negara lain kalau byk sangat komplen.. Hadap jelah.. Lagi satu, ckp jela yg ekonomi negara teruk sbb tu kena kurangkan subsidi, tak payah la nak cakap menjaga kemaslahatan ummah la, biar rakyat amalkan hidup sihat, hubungan seks lagi bagus la ape bagai.. Hmmmmpppphhhhhhh... Baik korang cakap no komen je, kan senang, dari korang keluarkan statement yg mengarut2 n bodoh ( Hasan Malek, I'm looking at you... buek malu org nogori yo)

Tentang GST, yg ni aku copy dari status FB kawan atas kawan atas kawan...
Okey. Bagi yg x berapa faham bagaimanakah GST ni lebih membebankan rakyat banding cukai sedia ada (sst)?

Mmg dr segi kasar, GST nampak lagi murah
banding SST (6% berbanding 5-10%) tapi kena
ingat - GST ni ialah "cukai berperingkat"
manakala SST pula ialah "cukai seperingkat".

X faham? Baik. SST hanya dikenakan di peringkat PENGILANG. Ianya x dikenakan pada pemborong dan peruncit. Sedangkan GST dikenakan kat
setiap peringkat - pengilang kena, pemborong
kena, peruncit pun kena.

Ini bermakna jumlah cukai utk GST adalah 3 kali berbanding SST. Misalnya produk A dikenakan cukai SST 10%, 10% je la sbb hanya pengilang yg kena. Tp kalu ikut GST, 6% x 3 = 18%!

Sebagai cth : produk A harga kilang RM20.

• cukai SST : RM20 x 10% (pengilang) = cukai
RM2.

• cukai GST : RM20 × 6% (pengilang) = cukai
RM1.20.

[RM20 + RM1.20 (cukai kilang)] x 6% (cukai
pemborong) = cukai RM1.27.

[RM21.20 + RM1.27 (cukai borong)] x 6% =
cukai RM1.35.

Bermakna kalu ikut sst, jumlah cukai ialah RM2 SAHAJA tapi kalu ikut GST, cukainya ialah
RM3.82!

Dan yg bestnya, sebahagian cukai ni ditanggung rakyat!

GST lg menyenangkan? Memurahkan?

Misi Kapitalis berjaya sekali lagi..
Senang paham tak dia punya explaination? Ke susah nak paham? Ke memang tak paham? Ke buat2 tak paham? Tak suka GST, pindah negara lain... 
Cerita bab bersyukur pulak.. Alhamdulillah, PM umum gomen dapat bonus setengah bulan gaji.. InsyaAllah, minggu depan maybe ada trip satu family.. Ynag paling bersyukur sekali masih lagi bernafas sebagai seorang Muslim...So minggu ni punye result bola memang best.. Kelantan dan Pahang pegi final Piala Malaysia (best gila game semi ni, especially game Kelantan vs ATM.. dramatik). Yg paling penting sekali, Liverpool menang besar lawan WBA (West Bromwich Albion for newbie), Suarez hatrick, plus sturridge satu gol.. Hebat pair ni.. ada je gol or assist dari korang.. Keep it up for the rest of the season lads.. Pengalaman menjadi fan Liverpool ni membuatkan aku tak kisah sgt kedudukan team dlm table tu, tp aku tau tgk table sekarang ni memberikan satu pengalaman yg baru buat fan Manchester United kehkehkeh..
Akhir kata... (ni aku copy dari best friend aku punye fb, Mohamad Farid)

'Kadang-kadang Allah uji tak semesti dengan kesusahan.. Tapi Allah bagi kesenangan, kebanggaan, kepandaian, kekayaan mahupun kebahagiaan hidup..

Malah lebih ramai yang tergelincir ingatan kepada Rabb Yang Maha Pengasih kerana kejayaan yang dikecapi...

Beringatlah sentiasa... Siapa kita.. Maka janganlah terpedaya dengan "Sombong"..'
 Legends....