Alhamdulillah sebab masih lagi bernafas, dikurniakan famili yang bahagia dan sihat walafiat. Harapan aku semoga Allah SWT memberkati hidup kami sekeluarga.
Usia perkahwinan kami masih lagi baru; baru nak masuk 4 tahun (nikah 2009). Nak cerita pengalaman pun, macam poyo pulak. Adik aku kawin lagi lama, anak dia dah nak darjah satu dah. Lagipun aku ada dengar org cakap, jika sesebuah perkahwinan tu dapat menempuh 5 tahun yang pertama, InsyaAllah selepas itu akan dipermudahkan. Of course ada je orang yang jodoh tak panjang walaupun dah lama kawin. Ini semua ketentuan Allah SWT.. Kita anggap je pendapat tu psikologi je. Lagipun bukan ada mana-mana hadis atau nas-nas yang cakap pasal ni.
Rezeki kami (aku dan isteri aku le) untuk mendapat anak agak lewat sikit. Tidakla lepas diijabkabulkan, next week tu terus pregnant. Kami kena tunggu sikit. Sebelum kami dikurniakan Balqis Safiyyah, aku memang cukup kesian ngan wife aku. Masa awal perkahwinan, ada jugak la wife aku pregnant, tapi semuanya gugur. Ada 3 kali kalau tak silap aku wife aku keguguran. ada jugakla yang suspennya jugak.. Contohnye, bila wife aku lewat je datang bulan, mula la kitaorang excited kemain. last-last, rupanya just lewat datang bulan je. banyak kali jd mcmni, sampaikan ke satu tahap, sampai kitaorang tak kisah dah kalau wife aku lambat datang bulan. Tapi tula, yang kesiannye ke wife aku la. Balik kampung je orang tanya. Sampai sedih-sedih dia. Mana taknya, kawan-kawan dan sedara mara kejap2 mengandung. Kalau org tanya aku, aku jawab tak puas lagi nak honeymoon.
Long story short, seminggu lepas raya tahun 2011, time kat kampung wife aku waktu pagi, wife aku datang bawak UPT dia.. Ada dua line hahahaha.. Tapi yang tak boleh blahnye aku punya respon. sampai sekarang wife aku slalu sebut benda ni.. Time tu, dapat je result test tu, aku terus peluk bantal sambung tido. Almaklumla hari ahad. tapi yang sebenarnya time kepala aku ligat memikir cukup ke duit aku nak bayar kete, umah, pengasuh anak, pampers, susu, apa bagai suma la.. apa le kejadahnye time tu boleh pulak pikir camtu. Dah la lama tunggu baru dapat. Bila dah dapat, camtu pulak respon aku. Aku tau wife aku mengharapkan reaksi yang berbeza. Sori ye sayang, sampai sekarang pun abang ralat sebab bagi respon camtu..
Gambar ni adik ipar aku yang amik. Time ni 7 bulan pregnant.
Alhamdulillah, keadaan dipermudahkan time wife aku pregnant. takde apa2 yang mencemaskan. Aku da pesan kt wife aku kalu nak bagi nama jangan letak nama mengarut. aku cukup berkenan dengan sorang member aku ni; dia bg nama anak dia Maryam.. Simple dan best je bunyiknye. So kitaorang pun decide letak nama anak Balqis je. Alih-alih bila aku nak pegi daftar, wife aku cakap pendek sangatla nama tu, dan dia mintak tambah satu lagi nama. dok tengah memikir-mikir, bukak fb ternampak pulak nama Wardina Safiyyah. So aku pun amikla nama Safiyyah tu.. Jadila nama anak aku Balqis Safiyyah..
21 April 2012 lahirla Balqis Safiyyah ke dunia. Bagusnya Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan ni, dia bagi tunggu kat sebelah wife sampai wife aku bersalin. Balqis dilahirkan pada pukul 4 petang. Semoga Balqis Safiyyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.. Amin..
Balqis Safiyyah setakat ni :)

No comments:
Post a Comment