As Salam
So, aku kena buat antara keputusan penting untuk famili aku. In fact, aku da buat dah pun. On a fateful day, 7 April 2015, aku terpaksa jual kereta Kia Forte aku setelah 6 tahun berkhidmat tanpa sebarang masalah. Berakhir satu lagi chapter dalam hidup aku.. Of course la aku sedih, tapi aku lagi sedih tengok reaksi anak aku, Balqis Safiyyah time owner baru bawak pergi kete aku tu. "Babai kete adik hitam..babai kete adik hitam", sambil Balqis melambai-lambai kat kete tu. Cepat-cepat aku alihkan pandangan aku dari wife, takut kantoi aku jadi sebak. Berulangkali Balqis tanya sapa yang amik kete adik ni.. Itulah kereta yang menjemput Balqis balik dari hospital. Aku tau Balqis masih lagi tak faham konsep jual beli ni, sebab sampai sekarang pun dia masih lagi tanya mana kete adik hitam.
Anyway, macam aku cakap tadi, berakhir satu bab dalam hidup aku. Alhamdulillah, segala perancangan yang aku buat dengan wife aku diperkenankan Allah SWT dan aku harap segala tindakan yang aku buat ni tepat dan diberkati Allah SWT..
Goodbye to NCJ615.. Terima Kasih atas semua jasa-jasamu. Aku mengharapkan kau akan mendapat tuan baru yang menyayangimu sepertimana aku menyayangi mu. Aku akan selalu merinduimu......
Friday, June 12, 2015
Tuesday, April 7, 2015
The one with the.. Jalan-jalan carik rumah
As salam
Ada suatu hari, aku dan isteri berjalan ke sana ke sini mencari rumah untuk dijadikan aset di sekitar Kuantan. Perghh... Macam orang kaya-kaya pulak bunyinye hahaha. rumah yg kitaorang cari bukan rumah mahal pun. Bajet nak cari bawah RM150k jek. Teramat-amat terperanjatlah kami bila tengok rumah yg di bawah bajet kitaorang tu. Hampirkebanyakan rumah yg kami jumpa adalah rumah low cost. Itu pun harga dah RM130k-RM140k. Bayangkan rumah low cost harga RM130k-140k. Kegilaan apakah ini? Tak percaya? Pergi bukak mudah.my pastu pilih negeri Pahang then Kuantan. Betapa mengarutnya harga rumah kat sini.
Boleh pulak dorang kata rumah tu dah abis murah. Tekanan betul aku bila dengar macamtu. ini membuatkan aku terpikir, siapakah yang mampu beli rumah dengan harga macamni.
Carik punya carik, aku pun terjumpa satu rumah. Oklah rumah tu, harga pun berpatutan. Rumah tu kepunyaan seorang askar pencen. Borak-borak, dia pun kabo ke aku yang dia nak jual rumah ni sebab dia ada banyak dah rumah lain. Aku pun trylah nego. nego punya nego, sampailah ke harga siling dia. Aku mintak kurang lg sebab rumah tu condition dia agak teruk, banyak modal aku nak repair nanti. Tp pakcik tu cakap tak boleh sbb dia kata peguam dia tak boleh kurang lagi. Aku pun rasa.....WTF? Ni rumah dia, apahal ikut kata peguam pulak. hari yg sama gak dia ajak aku pg jumpa this so called peguam ni. nak gak aku tau apa muslihat pakcik ni.
So malam tu aku dan isteri pegi jumpa peguam ni bersama-sama pakcik askar pencen tu. Alahai....rumah tu bukan rumah pakcik tu pun. Itu rumah seorang tokeh cina. Pakcik tu mcm broker jela. siap masa minum2 tu dia boleh kata terlupa nak bgtau tu bukan rumah dia. Kepala hotak dia. padahal byk kali dah aku tanya. ni mcm ada something fishy je ni.. aku da start bengang dah time tu. aku pun start la berbual dgn cina tu. Rajin pulak dia nak bercerita dgn aku tu, almaklumla bekas org politik. So dia pun cakap dia ada beli bk rumah area kuantan ni. ada lebih kurang 10 bijik. sekarang ni dia nak jual rumah pasal nak main jual beli tanah pulak. Lagi cepat untung. nampak tak permainan ni.. Patutla harga rumah kuantan bukan main mahal lg. spekulator punya kerja. No wonder la..
So aku letakkan syarat pada owner rumah, aku bersetuju dgn harga rumah tu, dengan syarat dia repair rumah tu dulu. Owner pun setuju.. Kira ok la tu. tp yg menyakitkan hati aku, pakcik askar tu boleh plak mintak komisen kat aku sbb konon2nya dia tolong aku dapatkan harga rumah tu dengan rendah. menyirap tul aku. Saya da tolong awak, awak pun mesti tolong saya jugak. hampeh tul. dua2 komisen dia nak makan. mmg tak guna. aku sebagai buyer kena bayar komisen? tp aku bayar gak la sbb cina tu percaya kat pakcik askar tu. pakcik askar tu yg handle kerja-kerja repair bakal rumah aku tu. kang dia wat penaya kat aku payah plak kan.. Mmg amik kesempatan sungguh..
Jadi tulah dia. Akan tiba satu masa nanti bila rumah harga RM 800000 dianggap sbg affordable, tp ko tak mampu beli (credit to: Blog amenoworld). kesian kt generasi akan datang.. Sekarang ni pulak (kat Kuantan esp), rumah harga RM 150k dianggap sbg mampu milik, tp tak mampu beli.

Wednesday, April 1, 2015
The one with the... hal ehwal semasa April 2015
As Salam
Semenjak dua menjak ni, kalau bukak FB atau media-media sosial yg lain, korang akan selalu terbaca pasal GST dan hudud. Alhamdulillah hari ni, 1 April 2015 terlaksana GST kat negara kita. Kalau tahun masihi dibahagikan kepada sebelum masihi dan selepas masihi, negara kita pulak ada pre GST dengan post GST. Tahniah kepada korang dan aku sekali atas perlaksanaan GST ni. Walaupun kerajaan pung pang bgtau GST ni tak membebankan rakyat, tetapi hakikatnya harga barang tetap naik. Bila naik, pasti akan terbeban tak kira la naik banyak atau sikit. Takpela, dah korang semua yg nak GST ni, hadap jelah, dengan aku-aku skali kena. Nak buek macamano..
Bab hudud pulak dah macam-macam polemik yang keluar baik dari pihak pembangkang atau pun kerajaan. PAS bentang hudud peringkat DUN Negeri Kelantan, then ADUN UMNO pun sokong, then kena bawak kat Parlimen, then maybe ada ahli Parlimen Melayu Islam tak sokong, then ada yg kata PAS dah kena game dgn UMNO dan banyak lagila. Aku tak berminat nak ulas Hudud dari perpekstif hukum agama kerana aku tau dan yakin aku takde ilmu dalam bidang ni. Aku belajar pasal hudud ni pun melalui ceramah-ceramah politik, so mmg tak boleh pakai la aku ni. Tapi aku lebih berminat nak ulas isu ni dari sudut politik (walaupun aku takde ilmu gak dalam bidang politik ni hehehe).
Puas dah aku mikir apa untungnya PAS bila dorang table hudud ni. Tindakan ni banyak dah alienate kan rakan-rakan PR dorang (PKR dan DAP). DAP memang tentang habis-habisan bill ni. Yela, dorang pun banyak non Muslim, so aku tak heran sangatlah kalau dorang menentang (walaupun ada 2 3 kerat melayu). Lagipun kerajaan memerintah pun tak pernah nak promosi hudud ni macam dorang promosi GST walaupun dah 58 tahun memerintah. PKR pulak nampaknye serba salah. Pemimpin atasan dorang Muslim, tak sokong kang serba salah lak nanti. mcm-mcm ko kena cop nanti. bila sokong plak dalam PKR sendiri ramai ahli non Muslim. dah tu camano?
Bagi PAS pula,tanggungjawab agama lebih penting dari tanggungjawab politik dalam negara ni. Aku tak kata tindakan PAS ni betul ataupun salah. Tetapi terus terang aku tak suka bila ada pemimpin PAS yang selalu berkata tujuan utama bukan nak menang, tapi nak mendapatkan keredhaan Allah SWT. Sekali lagi, aku tak kata redha Allah tu tak penting, bahkan teramat-amat penting. ada lagi jalan lain jika cuma nak mendapatkan keredhaan Allah SWT. Korang tau jalan apa? Jalan tersebut adalah dgn menyertai gerakan Tabligh. Orang2 Tabligh ni banyak mengorbankan harta benda dorang untuk berdakwah. Bukan dapat apa-apa elaun pun, duit habis lagi ada. Bukan mcm ADUN/MP PAS. Semua tu ada gaji. So aku rasa pada org PAS yg slalu cakap mcmtu silalah join Tabligh. Belajar dari mereka bagaimana cara berdakwah yang sebenar.
Bagaimana pun aku lebih suka sudut pandang mcmni. Bila PAS bentangkan Rang Undang-undang hudud peringkat DUN ari tu, dan berjaya mendapatkan sokongan pembangkang (UMNO), maka aku suka katakan tanggungjawab PAS untuk laksanakan hudud ni dah terlepas. Lepas ni pihak UMNO takleh dah tuduh PAS tak komited laksana hudud. Memang dah takde modal la. Sekarang ni bila bawak ke Parlimen, maka the balls is in UMNO's court. Segala-galanya terpulang kepada UMNO. sokong atau tidak? Dan peranan DAP mcmana pulak? kan dorang tentang habis-habisan? Bila DAP tentang hudud ni, maka dia akan menarik sokongan bukan Islam yg menentang hudud ni. so org bukan melayu still rasa DAP ni championing their right. Ada ko dgr MIC bantah? MCA? dorang ni dah nampak mcm puppet je bagi aku. Gerakan ada la aku dgr, tp parti tu tak relevan. bukan ada kt Parlimen pun. PKR pulak akan sentiasa pilih middle ground. maklumla, PKR ni dah takde leadership sejak Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dipenjara. Nampak macam autocruise jek.
Yang buat aku lg menyampah bila ada je pihak-pihak yg mencadangkan penggabungan antara PAS & UMNO. konon-konon penyatuan melayu Islam. komen kat bawah ni aku komen kt page Saiful Nang & Sayuti Omar..

Pengalaman
jelas membuktikan selama 58 tahun org melayu Islam memegang kuasa, yg
dicari hanyalah harta dan kuasa dan nak mengayakan lg keturunan.
Bayangkan jika 2 kuasa melayu bergabung
apakah tuan2 rasa nasib melayu Islam akan terbela? Bagaimana dgn check
& balance. Bangsa melayu masih lg di tahap yg sama. Isu pekerja
wanita nak pakai tudung pun masih tak mampu diselesaikan. Tambah hebat
skrg melayulah yg menjadi penerima brim tegar. Ketika ini ketika pas ada
sedikit pengaruh (bukan kuat) dan umno dlm keadaan yg amat lemah, maka
isu bangsa dan agama menjadi mainan mulut parti pemerintah. Perkara yg
sama telah pun terjadi tahun 70an dulu. Isu yg paling utama kenapa isu
Islam ini menjadi tanggungjawab pas? Pas bukan pemerintah pun. Selama 58
tahun kerajaan melayu Islam memerintah apa yg mereka buat utk
mengukuhkan melayu islam? Sepatutnya kerajaan parti pemerintah yg harus
bertanggungjawab dlm hal ni. Bukan pas. Saya memang tidak bersetuju
penyatuan 2 parti ini. Bangsa melayu ni bangsa tamak. Apabila tidak ada
lg check n balance mrk akan menjadi lebih rakus memenuhkan tempolok
masing2. Arwah tgna pernah berkata pas akan bubar sekiranya umno
berpaksikan al quran n hadis. Jd pegang dulu pesanan itu. Menegakkan
syiar Islam sepatutnya di bahu pemerintah, bukannya pembangkang.
Untuk menjadi negara maju, kita bukan sahaja memerlukan kerajaan yang kuat, bahkan kita turut memerlukan pembangkang yang kuat. Sebab tu bila ada orang yang berfikiran progresif dalam UMNO seperti Dato Saifudin Abdullah, aku lebih suka dia stay je kat situ. At least ada gak orang pandai dalam tu. Kalau tak bersetuju dgn aku pun takpe, aku tak kisah pun. Yang penting kita mesti bersetuju untuk tidak bersetuju.
Itu je la kot yang mampu aku bebel.. Selamat berGST.
The one with the.... Perodua Kelisa Refurbishment (Proses Peremajaan Semula) Part 3
So, inilah hasil kelisa aku setelah dicat semula. Antara benda yang aku buat kat kelisa ni:
1. Tinted gelap
2. Tukar head unit kenwood c/w usb
3. Footwell lighting
4.Sound proofing
Mantap jugak bila memula pakai sound proofing ni. Kedap je bunyi dia. Tapi lama2 bila dah biasa dah rasa macam dulu-dulu pulak.
Setahun selepas cat baru.....
Basuh sebelum bagi kepada owner baru pada 20/11/2014. Sedih sgt rasanya. Banyak kenangan dan jasa kelisa ni kepada aku satu keluarga. Aku terpaksa jual kereta ni sebab enjin dia overheat, nak kena full overhaul enjin. Budak yang beli ni pulak kebetulan mmg dia nak convert enjin lain, so dia pn setuju amik.
Jadi, macam tu lah cerita kelisa ni. Berakhir satu bab. Bincang dengan isteri konon nak pakai lama kereta ni, tu yang aku decide nak refurbish kelisa ni. Konon-konon nanti bila anak aku dah masuk universiti, bolehlah aku wariskan kepada dia nanti. Tapi tulah, kita hanya merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang.
The one with the.... alamak!!??!!
Aduu..dah lebih setahun aku tak update blog ni. Dulu aku ckp dengan diri aku blog ni lah aku punye diari secara tak rasmi. Dengan harapan bila aku dah tua sok boleh la aku jengah2 apa benda yang aku dah bazirkan dalam hidup aku ni. Ni pun nasib baik aku tertekan kat bookmark blog ni. Kalau tak mau lg 10 tahun aku terbukak blog ni. Pantas betul masa berjalan..
Banyak benda yang dah jadi dlm hidup aku ni sepanjang aku tak update ni. Pasal negara, keluarga, kereta aku, kerja, Liverpool fc blablabla. Apa yg aku nak mula ni. Takpela, tido dulu. Slow2 memikir mana nak mulakan balik..
Wassalam..

Subscribe to:
Posts (Atom)