Assalamualaikum WBT
Hari Ahad minggu lepas adik ipar aku call.. "Kak, jom pegi Langkawi", kata dia pada wife aku. Aku pun check la kalendar.... Eh, bukan time nak pegi tu jumaat minggu depan ke? Terperanjat gak aku bila famili mertua aku wat trip ad hoc camtu. Asalnye, abang ipar aku nak pegi ngan kawan dia je. Bila dia bagitau ke mak mertua aku yang dia nak pegi langkawi, terus mak ngan ayah mertua aku nak pegi sekali. Pastu, adik ipar aku ngan laki dia pun nak ikut gak. Puas jugak memikir tu, nak pegi ke tak? Almaklumla, kita ni bukan orang berduit. Nak pegi mana-mana mesti mau saving dulu. pikir punya pikir punya pikir, redah je la. keluarkan jela saving yang ada. lagipun susah nak kumpul adik beradik ramai-ramai nak pegi berjalan ni. Duit boleh carik lagi, ye tak? Sebenarnye, tahun lepas lagi kitaorang da plan camni 3 bulan awal, last-last haram tak jadi :) Lagipun wife aku sejak memula kawin asik ajak aku pegi Langkawi, so ini la peluangnye.. Jadi yang pegi aku ngan wife aku & anak aku Balqis, adik ipar aku (si Dayah ngan laki dia, Shah & anak dorang si Teha), abang ipar aku ngan bini & anak2 dia (abang Jep & kak Fara, Haikal, Ain & Irdina) plus adik ipar aku yang bongsu, si Bobot dan mak & ayah mertua aku. Mak & ayah mertua aku bawak cucu dia, Echa anak adik ipar aku. Lupa pulak lagi satu famili. Aku pun tak ingat apa nama dia, tapi dia kawan Jep la.
Memandangkan si Jep ni baru je pegi Langkawi awal tahun ari tu, so menjadi tugas dia la untuk arrange tempat tinggal ngan kereta sewa. So bila semua da kompem, kitaorang pun bergerak pada 1 November 2013..
Memandangkan aku ngan wife & anak aku dari Kuantan, famili aku yg lain pulak dari Melaka, so kitaorang bergerak dari arah yang berbeza. Kalau ikut plan, dorang akan bergerak dari Melaka lepas Maghrib dalam area pukul 8 malam la macamtu lebih kurang. Kitaorg janji nak jumpa kat RnR Tapah, first checkpoint. Tujuan nye sebab nak transit kan si Bobot naik kete aku, so takde la sempit sangat kete Jep. Aku satu kereta, Mak ngan Ayah & Echa satu kete ngan Shah & Dayah, Jep satu kete ngan famili dia, plus sebijik kete kawan dia. So total 4 kete semua nye. Perghh, 4 kete nak konvoi sampai Kuala Perlis.. Boleh mental nanti ni.
So aku bergerak dari Kuantan pukul 2.30 petang. Plan aku, nanti sampai kl, singgah jap umah mak aku. Rehat-rehat jap, makan-makan sikit, then baru gerak pegi ke Tapah. Tp mcm dalam filem la, mana boleh semuanye smooth je. Kalau tak jadi boring la cerita hehehe.. Lagipun harus gerak awal sebab takut jem kat Highway Karak nanti. Kan final Pahang vs Kelantan.. Kompem fan Pahang & Kelantan guna LPT nanti. Lagi satu nak elak jem bila masuk kl nanti.
Jam 5 petang, aku da selamat sampai KL. Kat umah mak aku, sempat la makan-makan & rehat sikit-sikit & kumpul stok mangga (mangga umah mak aku sedap gila woo). Nak tido pun buat pening kepala aku je nanti. Bukan taknak tido, tapi puas dah berusaha nak tido, tp tak boleh. Tak tau la sebab pressure or excited.
Jam 7.30 malam, Dayah sms wife aku bagitau dorang da siap-siap nak gerak. Nanti gerak je dorang bagitau katanye. Ok la kalau camtu. So aku & famili pun melepak le. Sekali lagi aku cuba menidurkan diri aku, tp tak mampu gak. Aduhh, pressure pulak tak dapat tido ni. Dah la nak jalan jauh nanti. Tunggu punya tunggu punya tunggu, tup tup jam da pukul 9.40 malam. Apo cito ni, kata jam 7.30 td dah nak gerak dah. Rupa-rupanya mak & ayah mertua aku pegi amik bini adik ipar aku yang baru bersalin kat Hospital Melaka. Aduu la, lambat la camni. Melayanla aku final Super Spontan malam tu. Tahniah pada Jep Sepahtu sebab menang.
Last-last dorang keluar umah pukul 10.30 malam. takpela, aku bajet dorang sampai kat Sungai Buloh dalam pukul 12 tengah malam. Dapatla tengok final Super Spontan sampai abis. jam 11.30 malam dorang bagitau da sampai USJ.. Cepat pulak.. So aku pun gerak dari KL jam 11.45 malam.
Melalui Highway DUKE, terus je masuk Highway PLUS ikut Damansara. Ingatkan nak jumpa dorang kat RnR Sungai Buloh, tapi dorang da lepas Bukit Beruntung la pulak.. Jumpa at Tapah je la nampaknye. Kalau tak silap aku, sampai kat RnR Tapah dalam pukul 1.50 pagi. So wife aku telefon la si Shah. Sekali dorang ada betul-betul kat depan aku je daa.. Boleh tak perasan pulak aku..
Kitaorang pun melepak kat Petronas Tapah tu. Sesak gila kat Tapah tu. Punya la banyak kete. Bas-bas persiaran pun bukan main banyak gak. kitaorang pun rehatla lebih kurang. Lepas dari Tapah ni takde dah berhenti lagi. So kitaorang decide jumpa balik kat Tol Juru. So semua kereta tak perlu follow memfollow satu sama lain. Lagipun macam bahaya ikut-ikut belakang ni. Lepas Bobot transit ke kete aku, kitaorang pun mula bergerak.
To be continued....
P/s: Tahniah pada Pahang Sebab jadi Champion Piala Malaysia... Dapat cuti ke tak ni?
No comments:
Post a Comment