Wednesday, April 1, 2015

The one with the... hal ehwal semasa April 2015

As Salam

Semenjak dua menjak ni, kalau bukak FB atau media-media sosial yg lain, korang akan selalu terbaca pasal GST dan hudud. Alhamdulillah hari ni, 1 April 2015 terlaksana GST kat negara kita. Kalau tahun masihi dibahagikan kepada sebelum masihi dan selepas masihi, negara kita pulak ada pre GST dengan post GST. Tahniah kepada korang dan aku sekali atas perlaksanaan GST ni. Walaupun kerajaan pung pang bgtau GST ni tak membebankan rakyat, tetapi hakikatnya harga barang tetap naik. Bila naik, pasti akan terbeban tak kira la naik banyak atau sikit. Takpela, dah korang semua yg nak GST ni, hadap jelah, dengan aku-aku skali kena. Nak buek macamano..

Bab hudud pulak dah macam-macam polemik yang keluar baik dari pihak pembangkang atau pun kerajaan. PAS bentang hudud peringkat DUN Negeri Kelantan, then ADUN UMNO pun sokong, then kena bawak kat Parlimen, then maybe ada ahli Parlimen Melayu Islam tak sokong, then ada yg kata PAS dah kena game dgn UMNO dan banyak lagila. Aku tak berminat nak ulas Hudud dari perpekstif hukum agama kerana aku tau dan yakin aku takde ilmu dalam bidang ni. Aku belajar pasal hudud ni pun melalui ceramah-ceramah politik, so mmg tak boleh pakai la aku ni. Tapi aku lebih berminat nak ulas isu ni dari sudut politik (walaupun aku takde ilmu gak dalam bidang politik ni hehehe).

Puas dah aku mikir apa untungnya PAS bila dorang table hudud ni. Tindakan ni banyak dah alienate kan rakan-rakan PR dorang (PKR dan DAP). DAP memang tentang habis-habisan bill ni. Yela, dorang pun banyak non Muslim, so aku tak heran sangatlah kalau dorang menentang (walaupun ada 2 3 kerat melayu). Lagipun kerajaan memerintah pun tak pernah nak promosi hudud ni macam dorang promosi GST walaupun dah 58 tahun memerintah. PKR pulak nampaknye serba salah. Pemimpin atasan dorang Muslim, tak sokong kang serba salah lak nanti. mcm-mcm ko kena cop nanti. bila sokong plak dalam PKR sendiri ramai ahli non Muslim. dah tu camano?

Bagi PAS pula,tanggungjawab agama lebih penting dari tanggungjawab politik dalam negara ni. Aku tak kata tindakan PAS ni betul ataupun salah. Tetapi terus terang aku tak suka bila ada pemimpin PAS yang selalu berkata tujuan utama bukan nak menang, tapi nak mendapatkan keredhaan Allah SWT. Sekali lagi, aku tak kata redha Allah tu tak penting, bahkan teramat-amat penting. ada lagi jalan lain jika cuma nak mendapatkan keredhaan Allah SWT. Korang tau jalan apa? Jalan tersebut adalah dgn menyertai gerakan Tabligh. Orang2 Tabligh ni banyak mengorbankan harta benda dorang untuk berdakwah. Bukan dapat apa-apa elaun pun, duit habis lagi ada. Bukan mcm ADUN/MP PAS. Semua tu ada gaji. So aku rasa pada org PAS yg slalu cakap mcmtu silalah join Tabligh. Belajar dari mereka bagaimana cara berdakwah yang sebenar.

Bagaimana pun aku lebih suka sudut pandang mcmni. Bila PAS bentangkan Rang Undang-undang hudud peringkat DUN ari tu, dan berjaya mendapatkan sokongan pembangkang (UMNO), maka aku suka katakan tanggungjawab PAS untuk laksanakan hudud ni dah terlepas. Lepas ni pihak UMNO takleh dah tuduh PAS tak komited laksana hudud. Memang dah takde modal la. Sekarang ni bila bawak ke Parlimen, maka the balls is in UMNO's court. Segala-galanya terpulang kepada UMNO. sokong atau tidak?  Dan peranan DAP mcmana pulak? kan dorang tentang habis-habisan? Bila DAP tentang hudud ni, maka dia akan menarik sokongan bukan Islam yg menentang hudud ni. so org bukan melayu still rasa DAP ni championing their right. Ada ko dgr MIC bantah? MCA? dorang ni dah nampak mcm puppet je bagi aku. Gerakan ada la aku dgr, tp parti tu tak relevan. bukan ada kt Parlimen pun. PKR pulak akan sentiasa pilih middle ground. maklumla, PKR ni dah takde leadership sejak Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dipenjara. Nampak macam autocruise jek.

Yang buat aku lg menyampah bila ada je pihak-pihak yg mencadangkan penggabungan antara PAS & UMNO. konon-konon penyatuan melayu Islam. komen kat bawah ni aku komen kt page Saiful Nang & Sayuti Omar..

Pengalaman jelas membuktikan selama 58 tahun org melayu Islam memegang kuasa, yg dicari hanyalah harta dan kuasa dan nak mengayakan lg keturunan. Bayangkan jika 2 kuasa melayu bergabung apakah tuan2 rasa nasib melayu Islam akan terbela? Bagaimana dgn check & balance. Bangsa melayu masih lg di tahap yg sama. Isu pekerja wanita nak pakai tudung pun masih tak mampu diselesaikan. Tambah hebat skrg melayulah yg menjadi penerima brim tegar. Ketika ini ketika pas ada sedikit pengaruh (bukan kuat) dan umno dlm keadaan yg amat lemah, maka isu bangsa dan agama menjadi mainan mulut parti pemerintah. Perkara yg sama telah pun terjadi tahun 70an dulu. Isu yg paling utama kenapa isu Islam ini menjadi tanggungjawab pas? Pas bukan pemerintah pun. Selama 58 tahun kerajaan melayu Islam memerintah apa yg mereka buat utk mengukuhkan melayu islam? Sepatutnya kerajaan parti pemerintah yg harus bertanggungjawab dlm hal ni. Bukan pas. Saya memang tidak bersetuju penyatuan 2 parti ini. Bangsa melayu ni bangsa tamak. Apabila tidak ada lg check n balance mrk akan menjadi lebih rakus memenuhkan tempolok masing2. Arwah tgna pernah berkata pas akan bubar sekiranya umno berpaksikan al quran n hadis. Jd pegang dulu pesanan itu. Menegakkan syiar Islam sepatutnya di bahu pemerintah, bukannya pembangkang.

Untuk menjadi negara maju, kita bukan sahaja memerlukan kerajaan yang kuat, bahkan kita turut memerlukan pembangkang yang kuat. Sebab tu bila ada orang yang berfikiran progresif dalam UMNO seperti Dato Saifudin Abdullah, aku lebih suka dia stay je kat situ. At least ada gak orang pandai dalam tu. Kalau tak bersetuju dgn aku pun takpe, aku tak kisah pun. Yang penting kita mesti bersetuju untuk tidak bersetuju.

Itu je la kot yang mampu aku bebel.. Selamat berGST.

No comments:

Post a Comment